News & Events

Energy, powered by DRIVE

4/4/2017

Toyota Gazoo Racing dan Vios Challenge kini di Malaysia!
bikeracingit01-main.jpg

Buat peminat sukan permotoran di Malaysia, Toyota Gazoo Racing kini sudah tiba di Malaysia dan anda bakal menyaksikan satu lagi siri perlumbaan terbaru iaitu Toyota Vios Challenge.

Perlumbaan ini telah disertai oleh 30 orang pelumba yang bakal memandu Toyota Vios. Empat siri perlumbaan bakal berlangsung di litar jalan raya yang direka khas di empat lokasi iaitu Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor. Acara pertama dijangka akan berlangsung pada Ogos 2017 dan akan berakhir pada suku pertama 2018.

UMW Toyota turut membawa lapan orang selebriti ternama negara iaitu Janna Nick, Diana Danielle, Shukri Yahaya, Fattah Amin, Danny Khoo, Shawn Lee , Geraldine Gan dan Venice Min yang bakal membuat penampilan sulung dalam perlumbaan.

“Perlumbaan Toyota Vios ini menyediakan platform terbaik untuk melonjakkan imej sporty model berkenaan serta untuk memupuk minat baru bagi sukan lumba” kata Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran Kurusamy.

Toyota Vios Challenge ini akan menjadi acara utama pada hujung minggu ketika berlangsungnya Festival Perlumbaan TGR. Acara ini turut dijayakan dengan penajaan daripada pihak Toyo Tyres, Denso Malaysia, TRD Japan, Enkei Malaysia, Moty’s Hyper Lubricant Technology, minuman tenaga Drive M7 dan Toyota Capital Services.

Pengurusan perlumbaan serta modifikasi bagi perlumbaan ini akan dilakukan oleh Wing Hin Motorsports di bawah seliaan TRD Jepun. Selain itu, segala peraturan, pemandu dan pengurusan perlumbaan tertakluk di bawah peraturan ketat FIA dan dilakukan dengan penilaian AAM.